fbpx

Manchester United lega terlepas badi kekalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO (kiri) menyelamatkan maruah United apabila meledak gol penyamaan ketika mereka mencatat keputusan seri 1-1 menentang Chelsea. – AFP

MANCHESTER – Pengendali sementara Manchester United, Ralf Rangnick mengakui puas dapat menyaksikan pasukannya menamatkan badi kekalahan selepas seri 1-1 ketika bertemu Chelsea pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, skuad The Red Devils terpaksa bangkit daripada ketinggalan menerusi ja­ringan pertahanan lawan, Marcos Alonso pada minit ke-60 sebelum penyerang utama, Cristiano Ronaldo meledak jaringan penyamaan dua minit berselang.

Kata Rangnick, barisan pemain bekerja keras untuk mengembalikan semula maruah yang telah hilang susulan kekalahan berturut-turut kepada Liverpool dan Arsenal pada aksi sebelum ini dan keputusan seri boleh dianggap positif.

“Kami kehilangan lapan pemain utama dan hanya 13 pemain daripada skuad senior yang boleh saya pilih untuk mengharungi perlawanan ini. Namun, pujian wajar diberikan kepada semua pemain kerana menunjukkan kesungguhan untuk me­ngutip sekurang-kurangnya satu mata pada perlawanan ini.

“Kita semua tahu kualiti yang ada pada Chelsea memandang­kan mereka adalah juara bertahan saingan Liga Juara-Juara, tetapi mereka turut bergelut dengan prestasi kerana kehila­ngan pemain-pemain penting seperti kami,” katanya.

Sementara itu, Rangnick turut mengesahkan akan berbincang dengan pihak pengurusan termasuk pengurus baharu United, Erik Ten Hag mengenai masa depan Ronaldo yang mana kontraknya akan berakhir pada peng­hujung musim 2023.

“Ronaldo adalah pemain yang penting buat pasukan kami dan saya harap perbincangan segera dapat dilakukan jika dia berminat untuk kekal atau sebaliknya kerana kontraknya hanya berbaki satu tahun lagi,” kata pengendali import dari Jerman itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI