PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki duduk di tengah-tengah laluan di Lebuh Raya Persekutuan telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan orang ramai.
Menerusi rakaman yang dikongsikan pengguna Twitter, Alif Farhan baru-baru ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya keadaan lelaki berkenaan sama ada dia kurang siuman atau ia sekadar bahan ‘content’ semata-mata.
Bagaimanapun, tindakannya itu boleh mengundang bahaya dan kemalangan.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi turut diberikan oleh orang ramai.
“Dah la kurus kering duduk kat situ, kalau tak perasan habis kena sebat dengan lori,” ciap seorang pengguna.
Selain itu, seorang pengguna, Luqman Hasif meluahkan rasa kesian melihat keadaan lelaki tersebut seperti tidak terurus.
“Muka dah elok, tapi itulah kesian dia jadi macam itu, muda lagi,” luahnya. – KOSMO! ONLINE