fbpx

Lelaki selesaikan permainan kiub rubik pada ketinggian hampir 4,000 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHINMAY tersenyum melihat kamera setelah berjaya menyelesiakan piramid rubik ketika melakukan terjunan bebas. - NewsFlare

BANGKOK – Seorang lelaki dari Mumbai, India berjaya menyelesaikan permainan kiub rubik semasa melakukan terjunan bebas daripada  sebuah pesawat pada ketinggian 3,962 meter di Thailand, lapor portal berita MailOnline semalam. 

Chinmay Prabhu, 23, cuba menyelesaikan permainan Pyraminx iaitu kiub rubik versi tetrahedron (piramid segitiga) dalam masa 30 saat ketika melakukan terjunan udara pada 14 April lalu di daerah Sri Racha, wilayah Chonburi.

Sebuah rakaman video memaparkan aksi Chinmay menyelesaikan permainan piramid rubik itu dalam masa 24.22 saat ketika dia terjun bebas dan diikat pada seorang penerjun udara berpengalaman. 

Chinmay melompat keluar dari pesawat bersama-sama penerjun udara itu tetapi kelihatan bergelut untuk mendapatkan permainan itu daripada penerjun udara lain.

Rintangan angin menyukarkan usaha Chinmay untuk menyelesaikan permainan tersebut. Sebaik sahaja berjaya memegangnya, dia terus menyelesaikan kiub rubik itu dalam masa yang singkat.

Ketika penerjun udara itu mengaktifkan payung terjunnya, Chinmay kelihatan tersenyum dan menunjukkan kiub dengan sisi satu warna.

Menurut Guinness World Records, Chinmay kini pemegang rekod dunia terpantas bagi kategori menyelesaikan permainan kiub rubik semasa terjunan bebas.

Chinmay pernah memecahkan beberapa rekod lain termasuk paling banyak menyelesaikan permainan Pyraminx di dalam air iaitu sembilan kiub dalam masa satu minit dan 48 saat. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI