fbpx

Lee Zii Jia mudah jinak pemain China mara ke final BAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA berjaya menempah tiket ke final menentang Christie selepas menewaskan Hong Yang sebentar tadi.

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak berdepan sebarang masalah untuk meneruskan momentum kemenangan apabila berjaya menempah tiket ke final Kejohanan Badminton Asia (BAC) esok.

Zii Jia yang diletakkan sebagai pemain pilihan ketiga kejohanan memperagakan aksi agresif dan berjaya menumbangkan pemain baru dari China, Weng Hong Yang 21-11, 21-19 dalam pertarungan yang memakan masa 39 minit.

Namun, cabaran sebenar menanti Zii Jia nanti di pentas final BAC esok apabila dia akan berdepan pemain pilihan keempat dari Indonesia, Jonatan Christie yang sebelum ini menyingkirkan Liew Daren di pusingan kedua.

Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini, Zii Jia berjaya memadam rekod kekalahan ke atas Jonatan selepas berjaya menewaskannya buat kali pertama di Kejohanan Seluruh England 2020. 

Empat pertemuan sebelum ini tidak pernah menyebelahi Zii Jia tidak kira sama ada kejohanan Siri Super mahupun di pentas lebih besar seperti Piala Thomas.

Turut mengiringi Zii Jia ke pentas final ialah beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik selepas berjaya mengatasi beregu senegaranya, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani 21-13, 21-15.

Justeru, Aaron mengakui dia akan melakukan terbaik dan mahu mengekalkan momentum terbaik sehingga ke pentas final.

“Saya berharap kami dapat meneruskan momentum cemerlang ini untuk melakukan yang terbaik pada hari esok. Yang lain kita tunggu selepas berakhir perlawanan final dan saya akan membuat kesimpulan,” katanya kepada Kosmo!.

Pastinya, Aaron dan Wooi Yik mempunyai strategi tersendiri untuk menjuarai BAC sekali gus menamatkan penantian merangkul gelaran sulung di pentas antarabangsa sejak digandingkan pada 2017.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik mereka sebelum ini adalah tujuh kali muncul naib juara termasuk di Seluruh England 2019 dan Terbuka Thailand 2020. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN