fbpx

JDT sanggup lakukan apa sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT bakal turun dalam misi hidup mati untuk menempah sejarah kelab dan bola sepak negara menjadi pasukan pertama layak ke pusingan 16 pasukan terbaik ACL. – FB JOHOR SOUTHERN TIGER

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) bersedia untuk memenangi perlawanan terpenting kelab itu menentang Ulsan Hyundai FC petang ini sekali gus memahat sejarah melangkah ke pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-juara Asia (ACL) buat kali pertama.

Tentunya, pengendali JDT, Benjamin Mora akan merencanakan strategi dan muslihat berbeza yang bakal ditampilkan apabila menentang kelab gergasi Korea Selatan itu berbanding ketika berdepan buat pertama kali sebelum ini.

Menurutnya, mentaliti dan komitmen para pemainnya berada di tahap yang tinggi untuk menewaskan bekas juara ACL musim 2020 itu buat kali kedua.

“JDT akan berusaha sehabis baik mempamerkan corak permainan sempurna dari segi kekuatan, mentaliti dan komitmen selain keinginan yang kuat untuk melayakkan diri ke pusi­ngan seterusnya. Itu dilihat sebagai nilai tambah buat pasukan.

“Kita kena akui Ulsan Hyundai merupakan lawan yang sukar dibarisi pemain hebat, kena pada statusnya sebagai kelab gergasi Asia. Jadi, kami perlu lebih berhati-hati dan tidak terbawa-bawa dengan keinginan memburu kemenangan.

“Sandaran JDT untuk memburu kemenangan tentunya digalas oleh mesin gol kami, Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri yang memainkan peranan pen­ting untuk menghadiahkan kemenangan dan membuka laluan kepada pasukan untuk melangkah lebih jauh dalam saingan ACL,” katanya.

Dalam pada itu, Mora sedar bahawa aksi kali ini lebih mencabar kerana berlangsung pada sebelah petang menyebabkan ramai pemainnya sedang berpuasa dan berharap mereka mampu kekal berada pada tahap terbaik.

“Saya harap situasi ini dapat ditangani oleh pemain dengan sebaik­nya dan dalam masa sama rakan pasukan akan saling membantu mereka,” katanya.

Dalam pada itu, pemain tengah JDT, Natxo Insa sudah bersedia untuk diturunkan pada perlawanan itu bagi mengemudi bahagian tengah pasukan serta menghalang gerakan pasukan lawan.

Natxo yang direhatkan dalam dua perlawanan terdahulu, bersemangat tinggi dan bersedia berusaha keras memastikan rentak permainan pasukan teratur dengan menggunakan pengalaman luasnya di pentas Eropah.

“Dalam perlawanan se­ngit seperti ini, disiplin taktikal amat penting untuk tidak memberi ruang kepada pasukan lawan bergerak bebas melakukan serangan. Lebih penting adalah elak melakukan kesilapan kerana pasukan hebat seperti Ulsan pasti mencari jalan untuk menghukum lawan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI