fbpx

Harimau kumbang berkeliaran di taman perumahan ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harimau kumbang yang berjaya masuk perangkap di Perumahan Rantau Bukit, Kerteh, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Kerisauan lebih 300 keluarga di Perumahan Rantau Bukit, Kerteh di sini tentang ancaman harimau kumbang sejak seminggu lalu berakhir apabila haiwan buas itu berjaya ditangkap hari ini.

Harimau kumbang betina yang dianggarkan berusia dalam lingkungan enam hingga tujuh tahun itu memasuki perangkap disediakan Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada pukul 5 pagi.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, perangkap tersebut telah dipasang Isnin lalu setelah menerima aduan daripada penduduk.

“Harimau kumbang seberat antara 30 hingga 40 kilogram (kg) tersebut akhirnya masuk perangkap setelah lima hari dipasang.

“Haiwan liar yang diancam kepupusan tersebut berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI