fbpx

Eskayvie anjur program Bingkisan Raya Rider

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kartika menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penghantar di Shah Alam kelmarin.

SHAH ALAM –  Program Bingkisan Raya Rider anjuran Eskayvie Sdn. Bhd. (Eskayvie) di ibu pejabatnya di sini kelmarin telah mendapat sambutan menggalakkan dengan disertai oleh lebih daripada 500 penghantar.

Pengarah Urusan jenama tersebut,  Kartika Wati Mohamed berkata, ia bertujuan untuk menyampaikan tanda penghargaan kepada kumpulan tersebut yang telah melaksanakan tugas penghantaran untuk pelbagai barang dan perkhidmatan selama ini.

Menurut beliau, kumpulan ini telah membantu melancarkan urusan masyarakat tetapi dalam masa mereka turut terdedah dengan pelbagai risiko wabak penyakit dan kemalangan.

“Melihat kesungguhan dan kegigihan penghantar dalam usaha menyara diri dan keluarga di samping pentingnya penjagaan kesihatan sewaktu berinteraksi dengan orang ramai, syarikat mengambil inisiatif ini untuk sama-sama memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada mereka.

“Ini antara sumbangan kecil kami di Eskayvie iaitu sumbangan berbentuk duit raya, juadah raya istimewa dan Eskayvie Diffenz,” katanya ketika ditemui pada program tersebut.

Turut hadir duta jenama tersebut, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil 

Penganjuran program ini juga seiring dengan kempen #KitaIkhtiarSebelumKena yang menekankan kepentingan untuk berikhtiar sebelum dijangkiti sebarang wabak mahupun penyakit merbahaya yang lain.

Kartika berharap agar inisiatif tersebut akan dapat memberi manfaat serta inspirasi kepada masyarakat sekeliling untuk turut sama berkongsi kebaikan dan terus meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI