fbpx

Bubur lambuk sayur adunan 11 bahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja memasak bubur lambuk ketika program Kongsi Berkat Bubur Lambuk EB Frozen Food dan Media Mulia di Tebing Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru kelmarin.

JOHOR BAHRU – Bubur lambuk sayur menjadi pilihan untuk disumbangkan kepada orang ramai menerusi program Kongsi Berkat Bubur Lambuk EB Frozen Food Sdn. Bhd. dan Media Mulia Sdn Bhd. yang diadakan di Tebing, Bandar Dato’ Onn, di sini kelmarin.

Menurut tukang masaknya, Amran Ahmad, 61, keunikan bubur berkenaan boleh menjadi hidangan utama yang dimakan dengan pelbagai juadah sampingan berlainan.

Katanya, bubur lambuk sayur juga jarang disediakan ketika bulan Ramadan, tetapi ia mempunyai keistimewaannya tersendiri berbanding beberapa versi bubur lambuk lain.

“Setiap negeri mempunyai resipi tersendiri dalam menyediakan bubur lambuk dan kepelbagaian ini yang menjadikan juadah berkenaan popular dan sentiasa dicari-cari orang ramai khususnya apabila menjelang bulan Ramadan.

“Bubur lambuk sayur ini istimewa kerana ia mengadunkan 11 bahan yang setiap satunya menimbulkan rasa tersendiri menjadikannya satu hidangan yang lengkap, antaranya kerisik dan juga rempah beriani,” katanya yang merupakan seorang pesara guru dan berasal dari Benut, Pontian.

Petugas EB Frozen Food dan Media Mulia menyusun bungkusan bubur lambuk sempena edaran bubur lambuk untuk 1,000 pengunjung di Tebing Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru kelmarin.

Tambah Amran, pihaknya memulakan penyediaan bubur lambuk itu seawal pukul 8.30 pagi lagi dan selesai kira-kira dua jam kemudian dengan menggunakan 40 kilogram (kg) beras dan 44 kg daging lembu.

“Empat kawah besar digunakan untuk memasak bubur lambuk ini di mana setiap kawah dapat menyediakan 250 bungkus bubur lambuk, jadi keseluruhan yang akan diedarkan hari ini (kelmarin) adalah 1,000 bungkus.

“Selain itu, kita turut menyediakan Nuget Ayam Tempura dan Gegelung Kacang Soya keluaran EB Frozen Food Sdn. Bhd. yang akan diedarkan bersama kepada semua penerima,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, Nuget Ayam Tempura itu amat sesuai dimakan dengan bubur lambuk sayur kerana ia menjadi lauk sampingan dan kedua-duanya sangat enak dan mengenyangkan.

“Ditambah lagi dengan Gegelung Kacang Soya, akan menjadikan menu bubur lambuk sayur ini lebih enak dimakan khususnya apabila berbuka puasa,” kata Amran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI