fbpx

Bot bawa 100 PATI Rohingya ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot membawa 100 pendatang warga Rohingya yang gagal menceroboh perairan Kerian apabila berjaya ditahan pihak berkuasa pagi tadi. - Foto media sosial

PARIT BUNTAR – Kira-kira 100 warga Rohingya yang cuba menceroboh perairan negeri ini dekat Kerian ditahan pihak berkuasa pagi tadi bersama sebuah bot yang dinaiki pendatang tanpa izin itu.

Difahamkan, kesemua mereka ditahan sekitar pukul 10 pagi oleh bot Pasukan Polis Marin (PPM) yang melaksanakan operasi.

Kesemua pendatang tanpa izin itu kini ditahan sementara di jeti PPM Kuala Kurau manakala pihak berkuasa akan mengeluarkan maklumat lanjut mengenai tangkapan ini. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI