fbpx

Ahli politik dikecam dakwa jenayah rogol jadikan wanita ibu lebih baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Schmidt (tengah) ketika sesi pendengaran Rang Undang-Undang Dewan 598 di Ohio. - New York Post

COLUMBUS, Ohio – Seorang wakil rakyat negeri Ohio di Amerika Syarikat (AS), Jean Schmidt mencetuskan kontroversi apabila mendakwa bahawa jenayah rogol adalah peluang kepada mangsa untuk menjadi ibu yang lebih baik, lapor akhbar MailOnline.

Schmidt, 70, membuat kenyataan itu semasa sesi pendengaran Rang Undang-undang Dewan 598, juga dikenali sebagai ‘Akta Perlindungan Nyawa Manusia’ bagi mengharamkan pengguguran.

Rang undang-undang itu tidak membuat sebarang pengecualian termasuk  mangsa rogol atau sumbang mahram.

“Memang memalukan apabila ia (rogol)  berlaku, namun ada peluang untuk wanita itu (mangsa), tidak kira muda atau tua untuk melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada dirinya.

“Lakukan sesuatu yang produktif bagi membantu kehidupan sendiri,” katanya.

Beliau telah diselar oleh aktivis pro-pengguguran yang menggelarnya sebagai memaafkan jenayah rogol. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI