KUALA PILAH – Kira-kira 400 asnaf di sini bersyukur menerima 2 kilogram (kg) daging lembu setiap seorang sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Salah seorangnya, Alias Ahmad, 65 berkata, dia terharu menerima daging mantai pada tahun ini harga daging agak tinggi.
“Pemberian daging mantai ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami menjelang hari raya beberapa hari lagi.
“Seingat saya anggaran sekilo daging pada waktu ini sekitar RM40. Hari ini kami dapat kira-kira 2 kg setiap seorang,” katanya ketika ditemui dalam Program Mantai Prihatin Parlimen Kuala Pilah Sumbangan kepada Asnaf di sini hari ini.
Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith.
Bagi Khatijah Alias, 72 berkata, pada raya tidak lama lagi dia tidak perlu beli daging kerana namanya tersenarai sebagai penerima daging pada tahun ini. – KOSMO! ONLINE.