fbpx

143 PATI termasuk etnik Rohingya ditahan di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN warga asing yang ditangkap setelah bot dinaiki mereka tersangkut pada beting pasir di perairan Kuala Kurau, Kerian hari ini.

PARIT BUNTAR – Seramai 143 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 134 etnik Rohingya ditahan di perairan Kuala Kurau, Kerian di sini hari ini.

Kesemua mereka termasuk empat lelaki warga Bangladesh dan lima lelaki Myanmar itu ditahan selepas bot dinaiki tersangkut pada beting pasir di perairan tersebut.

Difahamkan, ada antara warga asing itu cuba meloloskan diri dengan terjun ke laut dan berenang kira-kira 200 meter ke pantai.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, warga asing berusia lima hingga 40-an itu ditahan pada pukul 7 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Katanya, mereka yang ditahan membabitkan 66 lelaki dan 59 wanita serta kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing sembilan orang.

“Kesemua warga asing itu ditangkap di Beting Kalumpang kira-kira enam batu nautika di perairan laut Kuala Kurau.

“Mereka datang dari Myanmar dan berada di perairan tersebut setelah bot dinaiki mereka tersangkut pada beting pasir,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI