fbpx

UPSI capai tangga 301-400 Impact Ranking PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md Amin

PETALING JAYA – Buat julung kalinya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah tersenarai di
tangga 301-400 dalam penarafan Times Higher Education (THE) The Impact Ranking 2022.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, pencapaian itu menyaksikan langkah menempatkan universiti dalam mencapai penarafan antarabangsa.

“The Impact Ranking adalah satu penarafan berteraskan Sustainable Development Goals (SDGs) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Pencapaian ini membuktikan bahawa UPSI komited dalam memastikan kelestarian kampus berada di tahap yang tertinggi, “ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, UPSI memiliki Digital Library yang pertama di Malaysia, berada di kedudukan strategik di sisi Banjaran Titiwangsa, menawarkan bidang kursus berteraskan kelestarian seperti Pendidikan serta insfrastuktur jimat tenaga.

“Saya menganggap pencapaian ini sangat bermakna kerana dalam suasana UPSI menyambut ulang tahun ke-100 yang acara kemuncaknya akan diadakan 29 November depan.

“Tujuh SDGs yang disertai oleh UPSI adalah No Poverty (SDG 1) di tangga 68, Good Health and Wellbeing (SDG 3) di tangga 301 – 400, Quality Education (SDG 4) di tangga 201-300, Gender Equality (SDG 5) di tangga 401 – 600, Sustainable Cities and Communities (SDG 11) di tangga 201 – 300, Life on Land (SDG 15) di tangga 400+, Partnership for The Goals (SDG 17) di tangga 401 – 600,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu katanya, UPSI berhasrat untuk terus komited dalam membangunkan kelestarian kampus selaras dengan 17 SDGs yang diperkenalkan oleh PBB. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI