fbpx

Suami isteri meringkuk dipenjara abai anak usia tiga tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengabaikan anak perempuan mereka sendiri berusia tiga tahun lapan bulan. FOTO NOR AINNA HAMZAH

KUALA PILAH – Sepasang suami isteri hari ini terpaksa meringkuk dipenjara selepas masing-masing gagal membayar denda berjumlah keseluruhan RM10,000 yang ditetapkan Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengabaikan anak perempuan mereka sendiri berusia tiga tahun lapan bulan.

Kedua-dua tertuduh, S Perhboo, 32, dan isterinya, R Kalaivani, 31, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Tamil di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut selain mengenakan hukuman tambahan mengikut Seksyen 31(2) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan seorang penjamin.

Berdasarkan pertuduhan bersama, kedua-duanya pada 23 April lalu diantara pukul 10 pagi hingga pukul 1 tengah hari di sebuah rumah Ladang Kelpin, Jempol sebagai ibu bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun lapan bulan telah memukul kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan teruk di bahagian pipi, mulut dan leher.

Kedua-duanya telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI