fbpx

Sebelum kecam, tolonglah banyakkan membaca – Fedtri Yahya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki mendakwa lirik lagu Sesuci Lebaran nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai toksik kerana dianggap menghina orang miskin meraih perhatian hos, Ahmad Fedtri Yahya.

Penyampai radio yang juga penulis lirik terkenal itu memberi penjelasan berhubung seni kata miskin hina yang tidak difahami individu tersebut hingga mencetuskan kekeliruan.

Fedtri berkata, ‘miskin hina’ dalam lagu berkenaan bukan bermotif menghina golongan miskin, sebaliknya hanya perkataan yang menunjukkan taraf miskin itu lebih rendah daripada orang kaya.

“Lirik itu bukan bermakna kita kutuk atau menghina, tetapi menunjukkan taraf merendahkan diri dan status sosialnya.

“Dalam doa pun kita digalakkan menghina diri kepada Allah, merendah diri untuk memohon sesuatu yang terbaik.

“Kita perlu meletakkan diri kita di bawah, di atas hanya Allah yang berkuasa,” kongsinya menerusi penjelasan terperinci di TikTok.

Terdahulu, video individu berkenaan menjadi viral sehingga mendapat pelbagai reaksi ramai pihak yang rata-rata tidak bersetuju dengan polemik yang diketengahkan.

Malah kenyataan yang diluahkan “Hina ke jadi miskin?” turut mengundang kemarahan netizen yang merasakan lelaki tersebut sesuka hati bercakap tanpa penguasaan bahasa Melayu yang tinggi.

Sementara itu, menerusi hantaran sama, Fedtri sempat mengingatkan pihak berkaitan supaya rajin membaca kerana bahasa Melayu itu banyak maksud dan kiasan selain menyelitkan falsafah di sebalik tiap perkataan.

“Miskin hina hanyalah kiasan saja, kena banyak membaca,” katanya lagi.

Secuci Lebaran merupakan sebuah lagu ciptaan komposer tersohor, Allahyarham Pak Ngah atau Suhaimi Mohd Zain, manakala liriknya nukilan Hairul Anuar Harun.

Dendangan yang dimuatkan dalam album hari raya Siti berjudul Anugerah Aidilfitri itu menjadi antara lagu wajib setiap kali menjelang Syawal sejak diterbitkan kira-kira dua dekad lalu.

Seorang pengguna TikTok lain pula meminta individu berkenaan masuk sekolah semula malah mengakui tidak boleh mendiamkan diri andai
bahasa dipermainkan.

“Dalam puisi ke dalam lirik lagu selalunya tak guna perkataan sepenuhnya. Macam juga miskin hina, dalam mesti ada perkataan ‘dan’ ditengahnya, miskin dan hina.

“Tapi dalam lagu dia buang ‘dan’ untuk sedapkan. Tak salah, janji lagu itu dihidangkan untuk berakal, boleh kenal pasti ada perbezaan entiti.

“Kalau abang boleh kenal pasti baris lirik atas dua entiti tua muda, kenapa tak kenal baris bawah?” jelasnya dengan panjang lebar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI