fbpx

Produk Mahsuri lengkapi resipi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Produk Mahsuri melengkapkan juadah menjadi lebih lazat.

DALAM menghasilkan makanan yang enak sudah semestinya setiap daripada kita akan menggunakan bahan yang terbaik.

Menyedari akan keperluan pengguna tersebut, Mahsuri Food Sdn. Bhd. telah menghasilkan pelbagai pilihan produk yang boleh disesuaikan dengan apa jua pilihan masakan.

Mahsuri Kicap Manis Pedas sesuai untuk mereka yang gemarkan rasa pedas, tetapi jika mereka mahukan lebih kepedasan, boleh cuba Mahsuri Kicap Manis Ekstra Pedas yang memberi rasa tiga kali lebih pedas.

Bagi mereka yang kurang gemar pedas, boleh menggunakan Mahsuri Kicap Lemak Manis dan Mahsuri Kicap Manis dalam masakan mereka.

Bagi anda yang tiada idea untuk memasak, di sini disertakan dua resipi yang boleh dihasilkan dengan:

 

Bihun Tomoi Siam

Bahan-Bahan:
400g bihun dicelur
100g campuran sotong dan isi udang
20g bawang putih
30g bawang merah
50g pes tom yam
3 helai daun limau purut dan dicincang halus
5 biji cili padi
30g Sos Berperisa Tiram Mahsuri
20g Kicap Manis Pedas Mahsuri
1 biji telur
50g lobak merah
20g kucai
30g taugeh
10g lada sulah
10g serbuk pati ayam
1 sudu besar sos ikan
Sedikit daun ketumbar

Cara Memasak
Tumiskan bawang putih, bawang merah, campuran sotong dan si udang hingga wangi.
Masukkan pes tom yam,daun limau, cili padi, sos tiram dan kicap manis pedas.
Kacau seketika.
Masukkan telur, semua sayur, bihun dan kacau rata.
Perisakan dengan lada sulah, serbuk pati ayam dan sos kan.
Hiaskan dengan daun ketumbar dan hidangkan.

 

Nasi Goreng Hitam Manis

Bahan-bahan:
500g nasi putih
20g bawang putih
20g bawang merah
100g campuran isi udang dan ayam
20g pes cili
20 gSos Berperisa Tiram Mahsuri
30g Kicap Manis Pedas Mahsuri
10g serbuk pati ayam
50g sawi dipotong kecil
1 biji telur

Cara Memasak
Tumiskan bawang putih dan bawang merah bersama campuran isi udang dan ayam.
Masukkan pes cili dan telur. Kacau seketika.
Tambahkan nasi, sawi, sos tiram, kicap manis dan serbuk pati ayam.
Kacau rata sehingga masak dan hidangkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI