fbpx

Pesohor YouTube hempas pesawat demi ‘rating’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menaparkan senario ketika Trevor Jacob keluar dari pesawatnya sebelum ia terhempas di pegunungan Hutan Negara Los Padres, California. - YouTube

SACRAMENTO, CALIFORNIA – Seorang pesohor laman perkongsian video YouTube tular selepas lesen juruterbangnya dibatalkan baru-baru ini kerana sengaja menghempas pesawatnya untuk meraih lebih banyak tontonan, lapor laman Oddity Central kelmarin.

Pada November tahun lalu, Trevor Jacob yang merupakan bekas pemain papan salji Olimpik, sengaja menghempas pesawat ringannya di Hutan Negara Los Padres, California.

Rakaman kamera menangkap detik ketika kipas pesawatnya berhenti berputar termasuk aksi lelaki itu melompat keluar dan menggunakan payung terjun untuk menyelamatkan nyawanya.

Tiga minggu kemudian, rakaman itu dimuat naik dalam akaun YouTubenya dengan tajuk ‘I Crashed My Plane’ dan akhirnya tular dengan lebih dua juta tontonan. 

Jacob kemudian berdepan pertuduhan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) kerana sengaja menghempas pesawatnya demi kandungan di YouTube.

“Pada 24 November 2021, anda menunjukkan sikap tidak peduli, kurang pertimbangan dan tidak bertanggungjawab apabila melompat keluar daripada pesawat semata-mata untuk merakam nahas itu,’’ tulis FAA dalam sepucuk surat kepada Jacob dengan mengemukakan bukti pertuduhan.

Siasatan FAA mendapati Jacob bertindak menyelamatkan diri tanpa cuba menghidupkan semula enjin sebaik sahaja kipas pesawat berhenti berpusing dan tidak menghubungi menara kawalan untuk melaporkan masalah yang dialaminya.

Pasukan penyiasat mendapati juruterbang amatur itu boleh meluncurkan pesawatnya ke salah satu kawasan di mana dia boleh mendarat dengan selamat. 

FAA mendedahkan Jacob telah memasang berbilang kamera di luar pesawat sebelum berlepas dan mendapatkannya kembali lalu melupuskan bangkai pesawat itu. Jacob melompat keluar dari pesawat sambil memegang kayu swafoto dan terus merakam pesawatnya terhempas.

Fakta bahawa Jacob memakai payung terjun ketika menerbangkan pesawat itu turut dianggap sebagai bukti nahas tersebut dirancang. 

Walaupun mendakwa sentiasa memakai payung terjun semasa menerbangkan pesawat, pesohor Youtube itu pernah berkongsi video dirinya terbang tanpa memakai payung terjun. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI