fbpx

Meriam Talang: Polis nasihat mohon permit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA KANGSAR- Polis menasihatkan komuniti di Kampung Talang di sini agar memohon permit jika ingin menganjurkan ‘pesta meriam’ pada ambang 1 Syawal.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, walaupun aktiviti bermain meriam itu merupakan tradisi komuniti setempat, ia tetap memerlukan kebenaran polis bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku.

Malah katanya, tanpa permit, individu yang bermain atau memiliki meriam boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Bahan Letupan 1957.

“Kita maklum, aktiviti itu merupakan satu tradisi di kampung berkenaan, namun sebaiknya mereka memohon permit daripada polis terlebih dahulu.

“Kita tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku tambahan lagi mengendalikan bahan letupan memerlukan kebenaran polis,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Pertandingan Pesta Panjut Parlimen Kuala Kangsar di Simpang Penaga di sini semalam.

Beliau memberitahu, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana individu mahupun kumpulan untuk tujuan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI