fbpx

Lelaki berkasut lereng jelajah Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JITREUK berkasut lereng sejauh 2,051 kilometer selama 55 hari. – KhaoSod

BANGKOK – Seorang lelaki mencipta rekod baharu apabila menjadi individu pertama di dunia yang melakukan perjalanan dari hujung utara ke hujung selatan Thailand dengan menggunakan kasut lereng, lapor laman berita Thaiger.

Jitreuk Narat memulakan perjalanan dari daerah Mae Sai dalam wilayah Chiang Rai menuju ke Betong di Yala, merangkumi jarak sejauh 2,051 kilometer selama 55 hari.

Menurut jurulatihnya, matlamat Jitreuk adalah untuk mencipta rekod baharu selain mempromosikan destinasi pelancongan di sepanjang laluannya serta menggalakkan orang ramai untuk mengamalkan sukan kasut lereng.

Ketika memulakan perjalanan pada 1 Mac lalu, Jitreuk hanya membawa sebuah beg galas berisi pakaian dan beberapa komponen kasut roda.

Dia menetapkan sasaran untuk melakukan perjalanan pada kelajuan antara 15 hingga 30 kilometer sejam serta merentasi satu atau dua wilayah dalam masa sehari.

Sepanjang perjalanan Jitreuk, ada sahaja penduduk bermurah hati yang memberikan makanan, air dan tempat berteduh kepadanya. 

“Setiap kali melalui lokasi tumpuan pelancong, saya akan berhenti dan merakam gambar untuk mempromosikan destinasi tersebut di media sosial,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI