fbpx

KJ pesan buat RTK dahulu sebelum balik kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin.

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menasihatkan orang ramai untuk melakukan ujian pantas antigen (RTK) kendiri sebelum pulang ke kampung.

Khairy Jamaluddin dalam hantaran di Twitternya berkata, orang ramai juga diminta untuk melaporkan keputusan ujian RTK di aplikasi MySejahtera.

“Data keputusan ujian kendiri sangat penting bagi survelens Kementerian Kesihatan (KKM) kerana Covid-19 masih menular di komuniti.

“Pesan kepada orang tua untuk ambil dos penggalak dan anak anda terima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Untuk Kanak-Kanak (PICKids),” katanya di sini tadi.

Dalam pada itu Khairy Jamaluddin memberitahu, Malaysia sudah bersedia sepenuhnya untuk menerima pengembara dari Thailand dan Brunei bagaimanapun kedua-dua negara itu masih belum memberi kata putus.

“Ramai yang tanya juga tentang prosedur operasi standard (SOP) untuk sempadan darat dengan Thailand dan Brunei untuk yang kerap berulang alik.

“Malaysia sudah sedia sepenuhnya untuk menerima penggembara tersebut. Namun pihak Thailand dan Brunei masih minta tunggu dahulu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI