WASHINGTON – Sepasang bayi kembar lelaki di Amerika Syarikat (AS) menjadi perhatian di media sosial kerana memiliki nama yang sama, lapor akhbar Mirror UK semalam.
Keluarga bayi kembar seiras itu menamakan anak mereka Brendan.
Seorang bayi kembar itu dinamakan Brendan Junior, manakala seorang lagi Brendan III.
Keunikan nama mereka mengundang kecaman netizen yang menganggap ia sangat mengelirukan dan akan menyusahkan pasangan kembar itu apabila dewasa.
“Menamakan dua anak dengan nama sama patut diharamkan,” komen seorang pengguna media sosial.
“Memiliki nama sama sangat comel ketika kecil tetapi kedua-duanya akan tetap membesar menjadi dua individu berbeza,” kata netizen lain.- Agensi