fbpx

Hidung aku patah, kau apa tahu – Lana Nodin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LANA NODIN

PETALING JAYA – Rimas terus-menerus diasak mengenai bentuk fizikal hidungnya yang dikatakan semakin pelik, pelakon sensasi Lana Nodin tampil dengan satu pendedahan, mengakui pernah melakukan pembedahan hidung disebabkan satu masalah.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin berkata, dia pernah menjalani pembedahan rhinoplasty bagi membetulkan semula hidungnya yang patah akibat kemalangan sewaktu zaman persekolahan. 

Katanya, kecederaan tersebut berlaku selepas dia terjatuh ketika menunggang motor jenis RXZ sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak di kawasan felda.

“Kalau ikutkan ini hal peribadi dan saya tak perlu pun nak cerita tapi dah sibuk sangat nak tahu. 

“Kau orang semua pun dah banyak buat dosa kering, saya ceritalah. Saya kasihan nanti tak jumpa sampai Padang Mahsyar. Hidung saya ni masa sekolah, saya accident (kemalangan). 

“Masa tu balik kampung di felda yang tanah-tanah merah tu. Bila bawa motor RXZ, entah macam mana terjatuh tersungkur hidung berdarah, rupa-rupanya patah,” katanya.

Tambah pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu, sejak peristiwa berdarah tersebut, hidungnya menjadi senget sehingga memaksannya dirinya memakai besi bagi mengembalikan struktur asal hidungnya selama beberapa tahun. 

“Kesannya hidung saya memang senget sampai sekarang. Orang tanya kenapa buat hidung, memang saya buat sebab hidung patah dah lama dah, kau apa tahu,” katanya menerusi hantaran video dalam Instagram. 

Pada hantaran sama, Lana berkata, prosedur rhinoplasty itu hanya bertahan selama lima ke 10 tahun sahaja. 

“Jadi saya pun tukarlah supaya hidung tak bernanah. Saya guna tulang telinga. Puas? Apa lagi nak tahu? 

“Sibuk sangat dengan hidung aku. Lubang lain nak tahu tak? Ada yang kata aku ni tukar kejadian Tuhan lah apa lah, muka aku ini semua aslilah,” celotehnya. 

Terdahulu, segelintir netizen tidak habis-habis membuat spekulasi dan menuduh Lana melakukan rawatan mencantikkan hidung, terutama selepas kembali dari Amerika Syarikat, sekali gus sengaja menukar kejadian asal yang dikurniakan Allah. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI