SEBUT sahaja nama aktor kacak Wi Ha-joon, pasti semua akan mengingati watak anggota polis yang dibawanya menerusi siri Netflix fenomena, Squid Game.
Terbaharu, dalam sebuah sesi fotografi bersama majalah fesyen terkenal, Dazed, Ha-joon membuat terjemahan tentang seksi baginya.
Soalan tersebut ditebak buatnya susulan terpilih sebagai seorang daripada 25 lelaki diiktiraf paling seksi oleh majalah People tahun lalu.
“Tidak kira jantina, sesiapa pun akan kelihatan lebih cantik dan seksi apabila mereka mempunyai semangat kerja keras yang konsisten. Bukankah itu seksi?
“Saya mula berkhidmat dalam tentera ketika berusia 22 tahun.
“Ketika itu, saya cukup kurus sehingga berat saya tidak sampai 60 kilogram.
“Saya memasuki umur 32 pada tahun ini, jadi sudah 10 tahun saya mengamalkan senaman tanpa henti.
“Perkara itu juga menjadi satu daripada rahsia di sebalik definisi seksi tersebut,” katanya.
Terdahulu, namanya meledak selepas siri Squid Game mengungguli carta teratas Netflix di lebih 100 negara.