PETALING JAYA – Tular satu rakaman video di Twitter menunjukkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dipecahkan cermin sebelum barangan berharga dilarikan di Tanah Perkuburan Islam Lipat Kajang, Klang.
Rakaman klip video yang berdurasi 15 saat yang dikongsi @fathiahmohd itu menunjukkan tingkap MPV tersebut dipecahkan oleh perompak ketika pemandu Toyota Estima tersebut dikatakan sedang menziarahi kubur.
Wang sebanyak RM8,000 dan dokumen penting di dalam beg tangan antara barang berharga yang hilang dalam kejadian itu.
Rata-rata netizen yang berang dengan tindakan perompak terbabit turut meninggalkan komen mereka di Twitter.
“Bulan Ramadan pun mereka merompak, dekat dengan kubur masih berani. Harap dipermudahkan,” tulis @fikrirmt
“Orang pergi ziarah kubur sempat dia merompak, kasihan kepada mangsa,” kata @shakey_lulalis
“Pergi kubur pun tak selamat sekarang,” komen @dilalalalalalol. – KOSMO! ONLINE