fbpx

BAC: Zii Jia jumpa Hong Yang di separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lee Zii Jia

JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menempah tiket ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) Manila, Filipina selepas berjaya menewaskan pilihan kelapan dari Jepun, Kanta Tsuneyama.

Zii Jia yang merupakan pemain pilihan ketiga kejohanan tampil garang apabila mencatat kemenangan straight-set 21-13, 21-11 dalam pertarungan yang memakan masa 36 minit.

Bagaimanapun, Zii Jia perlu berwaspada dengan kebangkitan pemain China, Weng Hong Yang yang akan ditentangnya esok.

Hong Yang tampil garang di suku akhir selepas berjaya menjinakkan pilihan kedua dari Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting 21-13 16-21 21-11.

Turut mara, beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menyingkirkan wakil India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shett 12-21, 21-14, 21-16.

Beregu lelaki kebangsaan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mengekalkan momentum cemerlang selepas bijak mengatasi pemain dari China, Ren Xiang Yu – Tan Qiang 21-19, 21-14 dalam tempoh 33 minit.

Sementara itu, nasib tidak menyebelahi pasangan profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing selepas tewas ditangan pemain Jepun yang juga pilihan kedua kejohanan, Yuta Watanabe-Arisa Higashino dengan keputusan 21-18, 21-5.

Man Wei Cong-Kai Wun Tee pula yang memasang hajat ke separuh akhir tidak kesampaian selepas terpaksa akur dengan kehebatan wakil Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dengan keputusan 16-21, 16-21. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI