fbpx

Allardyce bimbang kenang nasib Everton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAMPARD berdepan tugas paling getir mengeluarkan Everton dari zon penyingkiran pada baki perlawanan musim ini. – AFP

LIVERPOOL – Bekas pengurus Everton, Sam Allardyce meng­akui bimbang mengenai masa depan kelab berkenaan yang kini terjerumus ke zon penyingkiran liga menyebabkan para pemain hilang arah dan tidak mampu untuk mengawal tekanan.

Menurut Allardyce, para pemain Everton tidak mempunyai pengalaman berdepan situasi segetir itu menyebabkan mereka akan terus gagal membantu pasukan selain pengurus pasukan semasa, Frank Lampard juga sama.

The Toffees ketika ini ketinggal­an dua mata di belakang Burnley yang memintas mereka selepas kekalahan 0-2 kepada Liverpool Ahad lalu biarpun masih kekurangan satu lagi perlawanan.

Sejak era Liga Perdana Inggeris diperkenalkan pada 1992, Everton tidak pernah berada pada kedudukan tersebut sehingga menyebabkan mereka terpaksa berjuang untuk kekal sekali gus ia adalah pengalaman baharu buat mereka.

“Saya seakan tidak mempercayainya. Saya tidak fikir ada orang yang mampu menyelamatkan mereka. Sudah tentu banyak perkara berubah selepas saya meninggalkan pasukan itu. Malangnya situa­si ketika ini sangat teruk dan menyedihkan.

“Saya fikir situasi yang berlaku ini disebabkan mereka terlalu kerap menukar pengurus dan pada akhirnya para pemain terpaksa berdepan masalah besar untuk memberikan aksi terbaik ketika berada di padang selain kesilapan pelaburan yang mereka lakukan.

“Sekarang ini mereka perlu lebih berani berdepan realiti dan tidak membiarkan ketakutan itu menjadikan mereka tidak mampu bangkit dan tersingkir musim depan. Sekiranya gagal untuk mengawal tekanan itu, pemain terbaik yang mereka miliki juga tidak mampu berbuat apa-apa,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI