fbpx

Aliran trafik terkawal di semua lebuh raya pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan aliran trafik di Plaza Tol Gombak masih terkawal pada pagi ini

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur serta Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 dilaporkan masih lancar pada pagi ini.

Menerusi laman web Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), aliran trafik di kesemua lebuh raya terbabit termasuk Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Kuala Terengganu turut dilaporkan terkawal bagi kedua-dua hala.

Bagaimanapun, trafik dilaporkan sedikit perlahan sepanjang 1.8 Kilometer (KM) di laluan Taiping Utara-Changkat Jering, KM216 arah Selatan ekoran kemalangan.

Terdahulu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyarankan agar pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan memulakan perjalanan lebih awal susulan jangkaan pertambahan kenderaan sempena perayaan Aidilfitri pada hujung minggu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI