fbpx

Ada peluang raih ‘ibu emas’ di Hanoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALONEY (kiri) perlu membentuk skuad yang benar-benar ampuh sekiranya mahu menamatkan penantian lebih sedekad meraih pingat emas pada temasya Sukan SEA. – FB FAM

SKUAD bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara dilihat masih memiliki potensi untuk me­nyumbangkan kilauan pingat emas pada temasya Sukan SEA 2021 di Vietnam sekali gus menamatkan penantian lebih 11 tahun buat kontinjen kebangsaan.

Sebagai rekod, kali terakhir skuad muda Harimau Malaya meraih pingat ‘ibu emas’ temasya dwitahunan itu adalah pada edisi 2011 di Jakarta, Indonesia sewaktu pasukan dikendalikan oleh Datuk Ong Kim Swee.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, berdasarkan senarai pemain yang dipanggil oleh ke­tua jurulatih, Brad Maloney pada kem latihan pusat kali ini ternyata memiliki kualiti tersendiri.

“Pada pandangan saya pasukan B-23 negara memiliki barisan pemain yang mampu mencabar kejuaraan. Meskipun agak terlewat untuk melakukan persiapan, tetapi aspek bakat individu, pemain kita bukan biasa-biasa.

“Justeru, saya anggap skuad muda negara boleh menyumbangkan sesuatu kerana kita masih wajar dianggap sebagai antara pasukan bola sepak terbaik di rantau Asia Tenggara ketika ini,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Terdahulu, Ahmad Faizal ditemui ketika majlis penyerahan Jalur Gemilang buat kontinjen negara yang akan ke Sukan SEA 2021 di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

Pada majlis yang sama, Ahmad Faizal turut meletakkan sasaran 36 pingat emas secara keseluruhan pada kejohanan berprestij edisi ke-31 itu nanti.

Skuad muda Harimau Malaya telah menjalani sesi latihan pusat sejak 19 April lepas dengan 17 pemain telah melaporkan diri pada pasukan ketika ini.

Antara nama besar dalam senarai pilihan Maloney kali ini adalah seperti Luqman Hakim Shamsudin yang mewakili kelab Liga Belgium, KV Kortrijk, Hadi Fayyadh Abdul Razak (Azul Claro/Jepun), Nik Akif Syahiran Nik Mat (Terengganu FC) dan Quentin Cheng (Selangor FC).

Pasukan kebangsaan telah diundi dalam Kumpulan B dan bakal memulakan kempen temasya dwitahunan itu bertemu Thailand pada 7 Mei, Laos (11 Mei), Singapura (14 Mei) dan Kemboja (16 Mei) dengan semua perlawanan berlangsung di Stadium Thien Truong, Nam Dinh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI