PETALING JAYA – Seorang wanita berang apabila barang yang dibeli secara dalam talian dikategorikan sebagai hilang yang didakwa berpunca daripada kecuaian sebuah syarikat kurier.
Dari satu ciapan yang dikongsi oleh @hanania_lol, dia memberitahu bahawa barang yang dibeli bernilai tinggi tetapi tidak menerima bungkusan yang dipesan.
Rata-rata pengguna media sosial juga berkongsi pengalaman malang yang sama.
Seorang pengguna Twitter @brgsjks memberitahu tentang masalahnya dengan sebuah syarikat kurier yang tidak bertanggungjawab dalam menguruskan penghantaran barang pembelian atas talian.
“Khidmat pelanggan syarikat kurier langsung tak membantu. Bila aduan di buat tentang bungkusan tak sampai, dia suruh tunggu.
“Kata mereka, kalau tak sampai juga, barang akan dihantar balik kepada penjual. Kesian kepada penjual, disebabkan servis yang lemah, penjual kena tempias,” tambahnya lagi.
Sementara itu, seorang pekerja syarikat kurier juga turut meninggalakan komen.
“Tiada orang nak kerja, saya pun berkerja dengan syarikat kurier dan ia sangat memenatkan.
“Bayangkan satu van bungkusan sudah melebihi had sampai tak terhantar,” tulis @prixiety
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang menjelang, ramai yang membuat pesanan barang persiapan raya di atas talian untuk memudahkan urusan, malangnya disebabkan trafik pembelian yang tinggi, ramai yang terpaksa menanggung kelemah syarikat kurier. – KOSMO! ONLINE