fbpx

Tarikh sebenar 1 Syawal akan diputuskan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli.

PUTRAJAYA – Apa sahaja keputusan sama ada 1 Syawal jatuh pada hari Isnin atau Selasa depan hanya akan diputuskan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Menjelaskan isu dan pendebatan itu, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, keputusan itu hanya boleh dibuat oleh Majlis Raja-Raja melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Menurutnya, kuasa menentukan anak bulan terletak kepada pemerintah iaitu ketua negara, dengan di Malaysia ia terletak di bawah Yang di-Pertuan Agong, sultan dan raja bagi sesebuah negeri.

“Sebahagian besar perlaksanaan hukum-hakam dalam syariat Islam juga tertakluk kepada kuasa pemerintah dan hukum-hakam itu tidak mungkin dapat dilaksanakan kecuali melalui kuasa dan arahan pemerintah.

“Apabila berlaku khilaf, maka hakim atau pemerintahlah yang akan memutuskannya terutama apabila berlaku perselisihan atau perdebatan,” katanya menerusi portal Maktabah Al-Bakri.

Justeru, katanya, beliau mahu umat Islam merujuk isu itu kepada tokoh-tokoh dan pakarnya dalam bidang berkenaan termasuklah hal anak bulan dan kaitannya dengan ilmu Falak.

Berlaku perdebatan di media sosial ketika ini susulan tular satu kandungan WhatsApp kononnya umat Islam di Malaysia dijangka bakal menyambut 1 Syawal pada Isnin depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI