fbpx

Taktik sorok 144 ketul ganja di kedai bundle terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily meneliti rampasan ganja pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di George Town hari ini. Foto IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Sindiket pengedaran dadah yang berselindung di sebalik perniagaan pakaian terpakai atau bundle tumpas selepas polis melakukan serbuan di beberapa lokasi di Bukit Mertajam dekat sini pada Isnin lalu dan semalam.

Menerusi operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah itu, seramai enam ahli sindiket termasuk seorang wanita warga Indonesia ditahan bersama dadah jenis syabu dan ganja bernilai hampir RM1 juta.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kegiatan itu terbongkar apabila polis menyerbu sebuah rumah dan menahan lelaki berusia 47 tahun bersama satu bungkusan mengandungi 1 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM37,980.

Menurutnya, susulan tangkapan itu, pihaknya melakukan serbuan di tiga lokasi lain dan membuat rampasan dadah sebanyak 15.6 kg syabu dan 4.9 kg ganja yang bernilai kira-kira RM575,755.

Menurutnya, menerusi serbuan-serbuan berkenaan, pihaknya menahan empat lagi lelaki tempatan dan seorang wanita warga Indonesia berusia antara 22 hingga 55 tahun.

“Hasil soal siasat ke atas OKT (orang kena tahan) kelima kemudiannya telah mendedahkan satu stor menyimpan ganja di sebuah premis perniagaan pakaian bundle.

“Pemeriksaan di situ menemui 144 bungkusan ketulan mampat ganja seberat 146.2 kg bernilai RM365,625,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di George Town hari ini.

Katanya, rampasan dadah berkenaan secara keseluruhannya dianggarkan bernilai kira-kira RM979,360.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN