fbpx

Sri Lanka terima dana Bank Dunia RM2.6 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai beratur untuk membeli bahan api diesel di stesen minyak di Colombo, Sri Lanka pada 3 Mac lalu. - AFP

COLOMBO – Pejabat Presiden Sri Lanka menyiarkan satu kenyataan rasmi yang memaklumkan bahawa Bank Dunia telah bersetuju untuk menyediakan bantuan kewangan sebanyak AS$600 juta (RM2.6 bilion) kepada negara itu, lapor laman berita Wion News, kelmarin.

Bantuan kewangan tersebut akan digunakan oleh kerajaan untuk memulihkan semula krisis ekonomi yang melanda Sri Lanka.

“Wakil Tetap Bank Dunia, Chiyo Kanda semasa pertemuan dengan Presiden Gotabaya Rajapaksa memaklumkan bahawa Bank Dunia telah bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan AS$600 juta (RM2.6 bilion) kepada Sri Lanka bagi mengatasi krisis ekonomi semasa.

“Sebanyak AS$400 juta (RM1.7 bilion) daripada jumlah tersebut akan disediakan dengan kadar segera di bawah fasa pertama,” demikian menurut kenyataan itu.

Bank Dunia telah memberi amaran bahawa lebih ramai rakyat Sri Lanka akan jatuh miskin tahun ini disebabkan oleh kemelesetan ekonomi melampau.

Krisis ekonomi yang belum pernah berlaku di negara itu sebahagiannya disebabkan oleh kekurangan mata wang asing.

Ini bermakna negara tidak mampu membayar urus niaga import bahan ruji seperti makanan dan bahan api.

Keadaan itu membawa kepada inflasi yang serius dan menjadikan harga barangan asas melambung tinggi hingga menyebabkan rusuhan dalam negara.

Sri Lanka mempunyai hampir AS$7 bilion (RM30 bilion) hutang asing yang perlu dibayar balik dalam tahun ini dan perlu membayar balik baki pinjaman bernilai AS$25 bilion (RM105 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datang. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI