fbpx

Ribut petir di tujuh negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Sebanyak tujuh negeri termasuk Wilayah Persekutuan Labuan menerima amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku sehingga pukul 7 malam nanti.

Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ribut petir dan hujan lebat turut dijangka berlaku di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Di Kedah, kawasan terlibat antaranya Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak melibatkan kawasan seperti Kerian, Larut, Matang dan Selama.

“Selain itu, kawasan seperti Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai,Kota Tinggi dan Johor Bahru merupakan antara kawasan terlibat di Johor,” katanya tadi.

Menurut MetMalaysia, seluruh kawasan di Pulau Pinang juga akan mengalami hujan lebat dan ribut petir hingga pukul 7 malam nanti. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI