fbpx

Pandemik Covid-19 masih belum berakhir – WHO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEDROS menjelaskan bahawa penurunan dalam jumlah kematian akibat Covid-19 disebabkan oleh pengurangan ujian saringan di kebanyakan negara. - AFP

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin memberi amaran bahawa pandemik Covid-19 masih belum berakhir meskipun jumlah jangkitan dan kematian global dilaporkan terus menurun dengan sebahagian besarnya disebabkan pengurangan kadar ujian saringan, lapor agensi berita Xinhua semalam.

Minggu lalu, hanya lebih 15,000 kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan kepada WHO, menjadikannya jumlah mingguan terendah sejak Mac 2020, kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi satu taklimat akhbar.

“Trend penurunan itu perlu ditafsir secara berhati-hati kerana kebanyakkan negara telah mengurangkan ujian saringan dan akibatnya, WHO semakin kurang menerima maklumat berkaitan penularan dan penjujukan. 

“Ini menjadikan kita ‘buta’ dalam menilai corak penularan dan evolusi virus. Namun, virus Covid-19 tidak akan hilang hanya kerana kebanyakan negara berhenti mengesan kes. Ia masih merebak, masih bermutasi dan masih membunuh.

“Justeru. WHO menyeru semua negara untuk terus mengekalkan pengawasan,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Ketua Teknikal untuk Program Kecemasan Kesihatan WHO, Maria van Kerkhove berkata, walaupun trend jangkitan dilihat positif, beliau kurang yakin mengenai jumlah kes yang dilaporkan di seluruh dunia.

Ia disebabkan oleh perubahan besar dalam strategi ujian saringan dan pengurangan kadar ujian yang dilaksanakan di seluruh dunia.

“Dari sudut positif, kami ada melihat perubahan. Kita sekarang di fasa pandemik berlainan, namun masih berada di tengah-tengah pandemik dan ia masih menjadi masalah global,” ujarnya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI