SESIAPA sahaja yang melangkah masuk ke bilik seluas 15 meter persegi di Muzium Telekom Malaysia (TM), Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, pasti terkesima melihat isi di dalamnya. Bilik terletak di aras bawah bangunan tiga tingkat itu dipenuhi 17 karya seni yang kebanyakannya sebesar satu meter persegi dengan menampilkan pelbagai motif menarik serta penuh warna-warni. Setiap karya yang ditonjolkan di dalam bilik itu mempunyai jalan cerita atau maksud tersirat dan hanya diketahui oleh pelukisnya. Sekali imbas, karya-karya yang dipamerkan di situ…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya