fbpx

Murid-murid wajib pakai pakaian seragam sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Murid-murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah bermula penggal kedua sesi persekolahan pada 12 Jun 2022.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, peraturan itu sepertimana yang pernah dilaksanakan ketika sebelum negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Jika sebelum ini Kementerian Pendidikan (KPM) menggalak murid-murid untuk pakai pakaian seragam, tetapi bermula 12 Jun 2022, murid-murid diwajibkan.

“Ia temasuklah murid-murud perlu memastikan potongan rambut juga mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah,” katanya ketika sidang akhbar hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI