fbpx

MPSepang hentikan operasi e-skuter di Cyberjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) akur dengan keputusan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk tidak membenarkan tiga kategori kenderaan mobiliti mikro di atas jalan raya.

Yang Dipertuanya, Datuk Hamid Hussain berkata, serentak dengan arahan itu, pihaknya sudah mengarahkan dua pengusaha e-skuter di daerah ini khususnya di Cyberjaya untuk menghentikan operasi kenderaan itu.

Beliau berkata, arahan terbaharu itu diputuskan menerusi satu mesyuarat bersama pengusaha e-skuter dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang semalam.

“Kita sudah meminta pengusaha e-skuter menghentikan perkhidmatan itu serta merta sehingga ada satu kaedah atau garis panduan dikeluarkan untuk membenarkan mereka beroperasi semula.

“Jika e-skuter itu masih dikesan beroperasi, tindakan undang-undang termasuk saman dan kompaun akan dikeluarkan oleh pihak polis,” katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar Bersama Media di sini semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI