fbpx

Moon Knight, adiwira baharu yang luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOON Knight adiwira terbaharu yang diperkenalkan Marvel.

SEBUAH lagi karya terbaharu daripada Marvel berjudul Moon Knight mula diperkenalkan kepada audiens menerusi Disney+ Hotstar dan mendapat respons luar biasa.

Ramai dalam kalangan penonton termasuk penulis begitu kagum dengan jalan cerita atau naratif kisah adiwira terbaharu tersebut yang boleh disifatkan sangat-sangat kemas dan mempunyai identiti serta signatur tersendiri.

Ditayangkan secara mingguan, episod demi episod, setakat artikel ini ditulis, karya berkenaan sudah bertemu penonton untuk empat episod.

LAYLA lakonan May Calamawy, seorang ahli arkeologi yang terjebak dalam dunia Moon Knight dan membantu lelaki tersebut.

Naratif menarik

Perihal tersebut sekali gus menderaskan adrenalin sesiapa yang mengikuti cerita tersebut untuk terus mengetahui apa yang berlaku kepada Marc Spector atau Moon Knight atau Steven Grant.

Bagi penulis secara peribadi, Moon Knight sangat-sangat mengejutkan kerana kualiti yang hadir dari segi naratif, terjemahan lakonan pelakon terlibat termasuklah melibatkan hal teknikal seperti efek bunyi dan teknik janaan komputer berada pada kelas markah cemerlang.

Jika diberikan peluang untuk memberikan markah, penulis tidak teragak-agak untuk memberikan peratusan lebih 90 peratus menandakan betapa cemerlangnya naskhah berkenaan dibikin.

PEMILIHAN Oscar Isaac sebagai watak utama dalam Moon Knight sangat bertepatan.

Pilihan tepat

Oscar Isaac yang memainkan peranan sebagai watak utama iaitu Moon Knight merupakan pilihan terbaik sebagai adiwira itu.

Kebolehannya bukan sahaja menjayakan karakter Moon Knight wajar diberikan pujian menggunung termasuklah permainan karakter menerusi dua watak lain dalam satu masa iaitu sebagai Marc dan Steven.

Perubahan aksen Inggerisnya sebagai Steven bukan satu perkara mudah untuk dijayakan, namun diperkemaskannya sebaik-baiknya. Begitu juga dari aspek lelucon dan aksi yang sememangnya cukup lazim dengan filem Marvel.

‘Villain’ (watak jahat) dalam Moon Knight iaitu Arthur Harrow lakonan Ethan Hawke mempunyai karisma protagonis yang tersendiri. Setakat empat episod yang disiarkan, wataknya memang sangat-sangat ‘mengena’ dan membuatkan penonton ‘terbuai’ disebabkan keberkesanan watak yang dibawa.

OSCARS Isaac bukan hanya menjayakan satu watak tetapi dua iaitu Marc dan Steven, namun cabaran tersebut dijayakan dengan cukup baik.

Antara origin terbaik

Selain itu, chemistry (cetusan kimia) antara Moon Knight dan Layla El-Faouly (May Calamawy) juga tidak mengecewakan dan penulis berani sifatkan antara yang terbaik untuk filem atau karya Marvel setakat ini.

Khonshu iaitu Tuhan bulan zaman purba barangkali tidak terlalu keterlaluan disifatkan sebagai ‘penyeri’ dalam kebanyakan karya Marvel setakat ini.

Pada mulanya, penulis agak keliru tentang fungsi entiti itu, namun setelah mengikuti setiap episod, barulah dapat mengenal pasti hubung kait antara Khonshu, Ammit dan Marc serta Steven.

Secara keseluruhannya, Moon Knight adalah satu lagi siri hebat dan cemerlang dari dunia Marvel.

Kalau tidak menonton naskhah ini, barangkali kalian sedang ketinggalan pengalaman dunia ‘sinematik’ bernuansakan adiwira antara yang terbaik setakat ini. Kisah pengenalan atau origin antara yang terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI