fbpx

Lebih 1.5 juta kenderaan dijangka masuk ke Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMLI Mohamed Yusoof menyerahkan kit makanan dan risalah keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Bentong di Bentong hari ini.

BENTONG – Jumlah kenderaan yang melalui jalan-jalan utama termasuk lebuh raya di negeri ini dijangka meningkat melebihi 1.5 juta dalam tempoh tujuh hari musim perayaan Aidilfitri bermula hari ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sehubungan itu pihak polis dengan kerjasama pelbagai pihak akan terus melakukan pemantauan dalam usaha meminimakan kemalangan jalan raya melalui Op Selamat.

“Antara fokus operasi yang akan dijalankan sepanjang Ops Selamat ini adalah Ops Lancar Had Laju di kawasan yang kerap berlaku kemalangan, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan potong ‘queue’.

“Selain itu fokus juga kepada individu melanggar peraturan lalu lintas yang boleh menyebabkan kemalangan maut dan juga gangguan kepada pengguna jalan raya lain,”katanya dalam sidang akhbar pada majlis pelancaran Ops Selamat 18 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Kontinjen Pahang di Plaza Tol Bentong di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Perkeso Pahang, Ahmad Tarmizi Muktar;  Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri dan Ketua Polis Daerah.

Dalam pada itu beliau berkata, polis akan turut menumpukan kepada memastikan keselamatan harta benda dan rumah yang ditinggalkan penghuni sepanjang cuti balik kampung.

Katanya, bagi tujuan itu rondaan pencegahan jenayah di taman-taman perumahan akan terus dipertingkatkan bagi memantau rumah dan premis yang ditinggalkan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI