fbpx

Korea Utara mahu tingkatkan pembangunan senjata nuklear canggih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perarakan ketenteraan yang berlangsung di Pyongyang mempamerkan senjata ICBM terbaharu milik Korea Utara, kelmarin. - KCNA

PYONGYANG – Pemimpin Tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un berikrar untuk meningkatkan pembangunan senjata nuklear negara itu secepat mungkin sebagai jaminan keamanan sebenar, lapor laman berita Wion News, kelmarin.

Perkara itu diumumkan ketika acara perarakan ketenteraan yang berlangsung di ibu negaranya, Pyongyang, dengan beberapa senjata nuklear berteknologi canggih dipamerkan kepada rakyat.

Menurut Jong-un, pembangunan senjata berteknologi tinggi itu adalah termasuk pembinaan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang dikhuatiri pakar akan menjadikan Amerika Syarikat (AS) sebagai sasaran utama.

Pakar politik antarabangsa berkata, perarakan yang diadakan sebagai menandakan ulang tahun ke-90 penubuhan tentera Korea Utara itu memberi gambaran tentang cita-cita Jong-un bagi program senjatanya.

“Mana-mana negara atau pasukan yang cuba menentang Korea Utara secara ketenteraan akan dianggap tidak wujud. Senjata nuklear akan dijadikan sebagai simbol kuasa dan asas ketenteraan kita.

“Ini adalah jaminan keamanan sebenar di mana maruah serta kedaulatan negara kita disokong oleh pasukan pertahahan yang boleh mengatasi mana-mana ancaman musuh,” kata Jong-un dalam kenyataan yang disiarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Tambah beliau, misi pertama pasukan nuklearnya adalah untuk menghalang peperangan daripada berlaku, namun jika ada yang cuba menggugat kepentingan asas negara, pasukan nuklear Korea Utara tidak mempunyai pilihan selain melaksanakan misi keduanya.

Bagaimanapun, Jong-un tidak menghuraikan apakah yang dimaksudkan dengan misi kedua.

Sementara itu, pakar senjata nuklear dari Carnegie Endowment for International Peace, Ankit Panda berkata, gambar-gambar pada acara perarakan itu memaparkan kehadiran tiga peluru berpandu bahan api pepejal yang belum diuji.

“Jong-un meletakkan ICBM bertenaga pepejal pada senarai cita-cita semasa mesyuarat Kongres Parti Ke-8, Januari tahun lalu.

“Jadi saya tidak akan terkejut jika salah satu daripada senjata ini diuji kekuatannya pada satu masa yang telah ditetapkan,” kata Panda dalam satu ciapan di Twitter. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI