fbpx

Kongsi Berkat Bubur Lambuk lonjak variasi produk Beras Era

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas menyusun pek bubur lambuk sebelum diedarkan kepada orang ramai sempena Edaran Bubur Lambuk Percuma anjuran bersama Media Mulia dan era di Tebing, Bandar Dato Onn, Johor Bahru, semalam. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk anjuran Media Mulia Sdn. Bhd. bersama Era Foods MY (beras Era) membantu melonjakkan jenama variasi produk Beras Era di pasaran.

Penolong Pengurus Penjenaman Era Foods MY, Nurazumy Najid berkata, perkara ini dapat dilihat setelah menjalankan program tersebut di Perlis, Terengganu dan Kuala Lumpur sebelum datang ke Johor Bahru.

Menerusi penganjuran program itu, beliau berkata, pengunjung ke lokasi program bukan sahaja menerima bungkusan bubur lambuk malah turut menerima pek beras Era Sultan Basmathi 400 gram.

“Pada bulan Ramadan ini serta dalam persediaan menyambut kedatangan Syawal, nasi menjadi makanan utama rakyat Malaysia. Jadi, ini masa yang tepat untuk memperkenalkan semula beras Era jenis Nagasari Super Spesial Tempatan dan Sultan Basmathi.

“Selain penganjuran program Kongsi Berkat Bubur Lambuk ini, kita turut mempromosikan produk di kaca televisyen dan media sosial untuk memperkenalkan dengan lebih meluas produk beras Era,” katanya pada program penyerahan bubur lambuk di Tebing Bandar Dato Onn, di sini semalam.

Selain jenis Nagasari Super Spesial Tempatan dan Sultan Basmathi, beras Era turut mengeluarkan beras jenis Nagasari Super Import dan Nagasari Wangi.

Nurazumy berkata, menerusi program Kongsi Berkat Bubur Lambuk ini juga dapat memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai beras berkualiti beras Era jenis Sultan Basmathi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI