fbpx

Kelantan catat 376 kes kebakaran, RM78 juta kerugian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainal (dua dari kiri) semasa merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Ops Raya JBPM di Ibu Pejabat JBPM Kelantan di Tunjong, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan merekodkan 367 kes kebakaran dengan jumlah kerugian sebanyak RM78 juta di negeri ini sejak Januari sehingga 26 April lalu.

Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin berkata, kebanyakan kes melibatkan kejadian di rumah dan premis perniagaan terutamanya Kota Bharu, Bachok selain Tumpat.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 125 kes kebakaran berlaku pada bulan Januari, manakala 90 kes (Februari), 78 kes (Mac) dan 74 kes setakat 26 April lalu.

“Berdasarkan siasatan, kejadian kebakaran berlaku disebabkan beberapa faktor seperti cuaca panas atau kemarau, kecuaian ketika menggunakan dapur gas, melibatkan peralatan eletrik dan litar pintas,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan dan Ops Raya JBPM di Ibu Pejabat JBPM Kelantan di Tunjong di sini hari ini.

Menurut Zainal, sepanjang tempoh itu, sebanyak tiga kes kematian direkodkan akibat kebakaran.

Tambahnya, selain itu, pihaknya juga menerima sebanyak 1,741 panggilan kecemasan melibatkan kebakaran, menyelamat dan tugas-tugas khas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI