fbpx

Jualan Supercube kembali kukuh 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hayfa Amira (tengah, bertudung putih) bergambar bersama ejen, anak-anak yatim dan asnaf selepas majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Supercube International Sdn. Bhd. (Supercube International) optimis untuk mencatat jualan bulanan lebih tinggi daripada unjuran asalnya RM4 juta sebulan pada tahun 2021.

Pengasas syarikat, Hayfa Amira Ahmad Kamal berkata, unjuran nilai itu sepatutnya dicapai pada 2021, tetapi momentum tersebut tidak dapat dikekalkan kerana kilang berdepan dengan cabaran untuk memenuhi tempahan yang bertambah ekoran pandemik Covid-19.

“Kini keadaan sudah kembali normal, jadi kami bersedia dan mampu untuk pergi lebih jauh lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak yatim dan asnaf di sini baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Supercube International, Aizuddin Alif Yusof.
Hayfa Amira menjelaskan, untuk rekod prestasi jualan pada tahun lalu, syarikat mencatat sebanyak RM20.5 juta dan 60 peratus daripadanya disumbangkan daripada jualan di Lembah Klang.

Bagaimanapun, penguasaan pasaran mahu diperluaskan ke seluruh negara melalui penglibatan lebih ramai pengedar untuk merebut peluang perniagaan yang berpotensi.

Buat masa ini, syarikat memiliki lebih 26,000 ejen dan mahu menambah sebanyak 2,000 lagi ejen baharu pada tahun ini.

“Apa yang istimewanya di Supercube International, ia menawarkan peluang perniagaan tanpa modal kepada mereka yang berminat.

“Sehingga kini, kami telah berjaya melahirkan 15 jutawan dan sehingga sekarang, mereka berniaga tanpa modal. Ada dalam kalangan mereka berniaga secara separuh masa dan sepenuh masa.

“Mereka tidak perlu me­nyimpan stok di rumah. Cara kami mudah, asalkan ada telefon, mereka boleh menghantar tempahan. Itu sudah memadai dan berkaitan pengangkutan, kami akan uruskan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI