fbpx

Jenazah wanita dalam gaung, Meriammah dikebumikan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT Meriammah ditemui dalam keadaan tertiarap bawah gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus Seremban Kuala Pilah bulan lalu.

SEREMBAN – Jenazah wanita dipercayai mangsa bunuh yang ditemui dalam gaung di Jalan Lama Bukit Putus, Meriammah Abdullah Basam, 29, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, PJS 7, Petaling Jaya pagi ini.

Difahamkan, jenazah yang kini berada di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) akan dituntut oleh Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih (PSSK) pada pukul 9 pagi.

Pengasas PSSK, Shahrol Muhamad berkata, pihaknya sudah mendapat kebenaran daripada pihak polis untuk menguruskan proses pengebumian jenazah wanita itu.

“Keluarga arwah menghubungi kami menerusi sebuah pertubuhan anak Sarawak meminta supaya menguruskan pengebumian jenazah Meriammah.

“Kami akan membawa jenazah ke Petaling Jaya dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, PJS 7 kira-kira puku 11 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shahrol berkata, sebelum ini jenazah Meriammah didapati positif Covid-19 dan pihaknya akan menjalankan proses pengebumian mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi mengelak jangkitan.

“Semua kos pengangkutan dan pengurusan pengebumian akan ditanggung PSSK. Kami akan menjalankan amanah diberikan pihak keluarga dengan sebaik mungkin,” katanya.

Pada 20 Mac lalu, Kosmo! melaporkan melaporkan seorang lelaki berusia 50-an yang sedang berjogging dikejutkan dengan penemuan mayat dipercayai wanita dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI