fbpx

Janna, Hairul, Hun sambut raya bersama Mobile Legends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mobile Legends: Bang Bang, arena pertempuran berbilang pemain mudah alih dengan komuniti permainan terbesar mengumumkan liga wira terbarunya iaitu Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem sekaligus menjadi wajah kempen 515 mereka raya kali ini.

Pemilihan tiga selebriti tersebut amat penting bagi pelan perniagaan kerana syarikat permainan digital antarabangsa itu ingin mengukuhkan tapak mereka di Asia Tenggara.

“Sejak dari tahun 2016, kami sentiasa mengiktiraf rantau Asia Tenggara sebagai salah satu pasaran utama kami. Oleh itu, kami mengasimilasikan ciri permainan kami sedekat mungkin dengan budaya tempatan,” menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh MOONTON Games.

Selain itu, penonton juga boleh menikmati video bertemakan Raya yang disajikan oleh MOONTON Games yang sarat dengan mesej bermakna.

Ramai kagum dengan personaliti comel Janna Nick dan dia berjaya menghidupkan watak Tang Wanwan dalam Tang Wanwan yang menakutkan.

Selain itu, MOONTON Games juga telah menyediakan dua buah lagi filem solo mini yang menarik berkisarkan Ling dan Yin yang dibintangi oleh Hun Haqeem sebagai Ling, dan Hairul Azreen sebagai Yin akan tiba tidak lama lagi.

Filem solo mini Ling ini iaitu Ling: The Chosen One akan ditayangkan pada 24 April dan filem solo mini Yin, The Ultimate Challenge akan ditayangkan pada 2 Mei.

Kedua-dua pelakon tersebut tidak sabar untuk menunjukkan beberapa pergerakan dan kemahiran koreografi yang unik dan hebat dalam filem mini masing-masing.

Hairul Azreen dan Hun Haqeem memainkan peranan mereka dengan luar biasa, menguasai pergerakan melawan menggunakan senjata mereka, berdasarkan cerita dan kemahiran hero.

MOONTON Games juga teruja untuk mengumumkan kerjasamanya dengan salah satu jenama telefon dan elektronik terkemuka dunia, Samsung Electronics. Samsung juga akan menjadi rakan persembahan bersama di ALLSTAR Showdown 2022.

“Samsung Malaysia teruja untuk mengumumkan kerjasama kami dengan ALL STAR. Dengan perkongsian ini, kami berharap dapat menunjukkan prestasi peranti siri Galaxy A dan mampu memberikan pengalaman yang mengagumkan untuk pemain permainan,” kata KM Liew, Ketua Perniagaan MX, Samsung Malaysia Electronics. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI