KLANG – Orang ramai yang tidak pulang ke kampung halaman diharap menjadi mata-mata kepada pihak polis dalam melaporkan sebarang aktiviti jenayah.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, rondaan cegah jenayah akan dilakukan di kediaman ditinggalkan selain turut memfokuskan kepada lokasi panas seperti bank dan kedai emas bagi mengelakkan kejadian curi.
“Pastikan maklum kepada balai polis dengan mengisi borang sekiranya pulang kampung halaman.
“Ini bantu kita meronda kawasan dan mana-mana yang tidak balik kampung diharap menjadi mata dan telinga polis dalam memberikan maklumat sekiranya nampak sesuatu mencurigakan,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Ops Selamat 18 peringkat Daerah Klang Selatan di sini, hari ini.
Jelas beliau, pihaknya akan mempertingkatkan strategi yang bersesuaian dalam pemantauan mengikut statistik lokasi yang kerap menjadi tumpuan berlakunya jenayah. -KOSMO!ONLINE