fbpx

Guru belum divaksin dibenar mengajar secara bersemuka bermula 1 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Guru-guru yang belum menerima suntikan vaksin Covid-19 dibenarkan untuk mengajar secara bersemuka di dalam bilik darjah bermula 1 Mei ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin pada sidang akhbar khas pengoperasian sekolah di sini, hari ini

Radzi berkata, mereka juga seperti guru-guru lain akan dibenarkan untuk berada di bilik guru dan premis-premis lain di sekolah.

Bagaimanapun, katanya, apa yang paling penting, mereka mestilah mematuhi garis panduan berkaitan pelitup muka yang sudah ditetapkan.

“Jika diikutkan, kita mahu ketetapan itu bermula esok namun, memandangkan sambutan Hari Raya Aidilfitri sudah hampir maka, kebenaran itu akan bermula selepas sekolah di buka semula 9 Mei ini,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan guru yang tidak menerima suntikan vaksin dilarang untuk mengajar secara bersemuka di dalam kelas dan berinteraksi dengan murid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI