fbpx

Gelombang haba ancam nyawa penduduk India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua kanak-kanak menutup kepala dengan kain ketika berjalan di Mumbai. – Getty Images

NEW DELHI – Fenomena gelombang haba yang mengancam nyawa melanda India sebulan lebih awal berbanding kelaziman, dengan suhu mencecah 38 darjah Celsius dan mungkin lebih tinggi, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Gelombang haba terburuk dijangka berlaku lewat minggu ini hingga hujung minggu, manakala di utara dan barat laut India,  suhu 5 hingga 8 darjah Celsius melebihi bacaan biasa adalah dijangka.

Lebih satu bilion penduduk India diramal berdepan cuaca ekstrem itu atau  menyamai sekitar  10 peratus populasi dunia, demikian menurut pakar cuaca, Scott Duncan.

Wilayah-wilayah yang terjejas termasuk New Delhi, berkemungkinan berdepan suhu melebihi 40 darjah Celsius.

Waktu malam pula tidak banyak membantu penduduk menyejukkan badan kerana suhu minimum tidak akan jatuh di bawah paras 30 darjah Celsius.

Sementara itu, purata suhu maksimum bagi seluruh India pada Mac 2022 dilaporkan adalah yang tertinggi pernah direkodkan dalam tempoh 122 tahun, kata  Jabatan Meteorologi India dalam satu kenyataan.

Purata suhu tinggi bagi Mac tahun ini adalah 33.1 darjah Celsius, lebih sedikit berbanding catatan rekod 33.09 darjah Celsius pada 2010.

Saintis iklim Universiti Maryland, Raghu Murtugudde berkata, keadaan tersebut dikaitkan dengan fenomena La Nina yang kini melanda Lautan Pasifik dan berterusan lebih lama daripada  jangkaan.

“Keadaan ini berserta gelombang yang berasal dari Artik, telah menyebabkan terbentuknya gelombang haba.

“Impak semasa La Nina ketika musim bunga dan panas di India adalah sesuatu yang amat tidak dijangka,” kata Raghu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI