fbpx

Doa netizen buat Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI SARAH

SEJAK membuat pendedahan tentang kecurangan suaminya dengan seorang anak perempuan kepada pelakon lelaki terkenal, ramai yang mula menunjukkan tanda sokongan kepada Puteri Sarah Liyana.

Mana tidaknya, wanita yang dikatakan merampas kebahagiaan pelakon itu tidak henti-henti mengganggu hidupnya dan bangga dengan kecurangan yang dilakukan.

Selain tangkap layar mesej yang banyak dikongsi Puteri Sarah, ketiadaan suami pada hari dia berlepas mengerjakan umrah baru-baru ini turut mencetuskan persoalan ramai.

Bahkan, video TikToknya mengenai ‘individu paling baik’ turut mendapat perhatian ramai.

“Teruskan kuat Sarah! Suka tengok awak dengan keluarga mentua masih rapat,” komen pengguna TikTok.

“Saya doa suami akan kembali pada Sarah. Jangan mengalah!” luah seorang lagi netizen.

Sebak pula baca semua doa netizen. Harap Sarah yang kini berada di Tanah Suci dikurniakan umrah yang mabrur dan doa-doanya akan dimakbulkan Tuhan.

MIZZ LAHAR: Banyak betul drama menarik pada hari raya nanti. Harap ada yang mampu membuatkan Mizz Lahar menitiskan air mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI