fbpx

4,143 jenazah Covid-19 diuruskan Jawi dan Jakim setakat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pasukan Pengurusan Jenazah Khas Covid-19 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah menguruskan 4,143 jenazah Covid-19 setakat hari ini.

Jawi menerusi hantaran di Facebook berkata, jumlah jenazah yang dikendalikan itu adalah dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Daripada jumlah itu, 2,286 adalah jenazah lelaki manakala, baki 1,8577 adalah jenazah wanita. Kumpulan usia 61 hingga 80 tahun mendahului jumlah kematian terbanyak dengan 1,569 jenazah diikuti, kumpulan usia 41 hingga 60 tahun adalah 1,688 jenazah.

“Ia kemudian diikuti kumpulan usia 21 hingga 40 tahun iaitu 573 jenazah, 271 jenazah (81 hingga 100 tahun), 40 jenazah (0 hingga 20 tahun) dan dua jenazah (101 tahun dan ke atas,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Hospital Kuala Lumpur (HKL) menguruskan jenazah tertinggi dengan 1,883 jenazah Covid-19 diikuti Hospital Ampang (712), Pusat Perubatan Universiti Malaysia (535 jenazah). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI